Tuesday, July 9, 2013

Majlis Akad Nikahku

[AMARAN: Entry ini sangat panjang]

Assalammualaikum semua..dan hello........

lama dah rasanya tidak update blog.. sebab malas.. (oppssss...kantoi sudah!)..erm... bila tengok tajuk blog.. mesti dah faham kan saya nak cita pasal majlis akad nikah saya? hehehe..cmno nak mulo ni haaa... eden confuse  ni... ok..dah tak confuse dah.. majlis akad nikah saya bertarikh 28 jun 2013..hari jumaat... sebab kenapa pilih hari jumaat? sebab berkat.. meh saya mula kan ceritanya...

Khamis, 27/6/2013

Pagi yang indah tapi hujan di tengah hari membuatkan aku gelisah kerana takut hujan pada keesokkan harinya iaitu hari akad nikah aku yang mengubahkan status aku dari 'cik' kepada 'puan'..aku bagun awal pagi tu.. sebab kena kemas rumah.. rumah aku dua tingkat.. so memang penat nak kemas... malam rabu tu dah kemas dah.. sampai selsema 'bagai nak rak'... mengikut perjanjian.. hari khamis tu.. kawan-kawan baik aku semasa di UiTM. mereka dari johor, dan perak nak datang .. so, setelah mereka tiba di rumah aku... aku bawa mereka pergi makan dan pergi membeli kasut pengantin aku.. hehe.. malam tu pukul 10 lebih jugak la sampai rumah...sampai rumah.. mandi then kawan-kawan tolong aku buat sirih junjung..cantik sangat idea mereka...habis buat sirih junjung, mereka pakaikan inai di jari dan kaki aku. time pakai inai tu, kat ruang tamu.. pukul 3 pagi dah... kesian mereka.. sampai dah tersengguk-sengguk mengantuk...kesian.. mulia betul hati mereka ... aku suruh tengku dan kwan dia atin tidur dulu dekat bilik (aku ada sediakan bilik untuk mereka tidur).. then Enab tidur dekat bawah sebab tunggu inai kat jari dan kaki aku kering..cian dia.. punya nak jadi cerita.. inai pokok yang dipakai tu asyik tak memekat ja.. keja jatuh ja.. sempat pakai 1/2 jam je..sebab asyik jatuh... disebabkan mengantuk yg teramat sangat..aku masuk bilik aku..terus tidur je..time tu dah nak dekat 4.30 PAGI!!!.

Jumaat, 28/6/2013

Aku masih ingat masa tu selepas subuh aku sudah bangun.. buat apa? eh.. mesti la kemas-kemas lagi.. dah la malam tu tak boleh tidur... bayangkan  aku bernafas guna mulut je sebab hidung aku dah tersumbat sebab selsema.. aku fikir kalu aku demam time hari aku nikah memang malang nasib aku.. sebab mesti muka kita akan tak bersemangat time tangkap gambar then kita mesti nak rehat ja..erm.. tiba-tiba aku melihat keluar tingkap.. ALAMAK.. 'pokok hujan' dan timbul.. punya la gelap langit.. memang mengikut kaji cuaca meramalkan hari JUMAAT 28.6.2013 merupakan hari hujan petir..OMG!!.. Aku penuh bertawakal dan bertawadduk meminta pertolongan Allah agar hari aku bakal dinikahkan ini tidak hujan dan ALHAMDULILLAH...doa aku dimakbulkan.. hari yg hampir hujan bertukar jadi cerah.. syukur sangat.. aku plak time pukul 11 pagi baru ukir inai dkt tgn.. then dlm pukul 12.30 pg..videographer datang..aku yang tak siap apa ni dah jadi "anxious" dah.. dalam pukul 1 lebih aku start makeup diri aku.. nasib baik la makeup diri sendiri...majlis akad nikah start pukul 3.30 petang dekat masjid rumah aku... lepas tu kawan-kawan dan saudara mula datang.. aku lagi gelabah..nasib baik kawan sekolah rendah aku iaitu Piekah dan Sheqwa tolong touch up2 sikit mana yang tak kena..memandangkan Piekah tu mak andam juga.. jadi dia tahu la pasal touch up2 ni..lega rasanya bila ada orang tolong disaat kita memerlukan.. rakan-rakan aku yang lain ada yang tengah makan dan tengah siap yela.. nanti bila acara sudah bermula takut tak sempat nak makan dah..aku ni dari pagi hanya makan nasi lemak je.. lepastu dah takda selera nak makan.. dan langsung tak rasa lapar.. mungkin gemuruh kot..Pukul 3 petang aku dan rombongan pengantin perempuan sudah keluar dari rumah untuk pergi Akad nikah di masjid..

DI MASJID

Acara akad nikah aku terpaksa di 'delay' kan kepada selepas Asar kerana ada sebab-sebab tertentu yang tidak boleh di beritahu... Masa dekat masjid aku dak tak boleh duduk lagi di bantal pengantin.. sebab 'koset' yang aku pakai tu buat aku rimas .. jadi aku pun bangun duduk di satu tempat disudut masjid ditemani adikku yang bongsu dan mak sedara aku.. kami pun sembang kosong..sehingga lah time acara akad nikah hendak dimulakan.. aku kembali duduk di bantal nikah tu.. aku duduk dekat dengan tok imam, pengantin lelaki duduk dekat dengan ayah aku iaitu wali aku.. lama jugak lah tok imam 'mengtauliahkan' suami aku.. hehe.. bukan apa.. tok imam dok bagi tahu tentang ikrar nikah kawin dan sebagainya ( yang dah kawin tahu la.. yang belum kawin.. awak tunggu dan lihaT nanti)..Aku pulak dah berpeluh sebab lama sangat tunggu.. nasib baik kawan aku tolong lap kan peluh aku.. so sweeet... 

aku ditemani oleh 
rakan-rakanku

AKAD NIKAH

Aku pandang jer muka suami aku time tu.. muka dia nampak "nervous".. aku tak kan lupa wajah tu... wajah yang tak senyum dan tak masam.. tapi nampak gemuruh.. hahaha...time suami aku akad nikah tu aku berdoa di dalam hati agar dia dapat lafaz akad  nikah itu dengan lancar dan sekali ja.. Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz.. kini dia sah menjadi suamiku.. syukur YA Allah...time termetrainya AKAD NIKAH tu.. aku tak nangis macam sesetengah orang nangis kan? aku tak nagis.. fikiranku melayang entah kemana... dalam ingatanku aku berfikir bahawa selesai sahaja akad nikah ni.. nak balik rumah.. tangkap gambar dekat pelamin dan shoot gambar untuk outdoor...fikiranku rungsing takut tak sempat cz hari sudah hampir nak senja..


Video Akad Nikah 
 gementar serta berpeluh time ni..
nasib baik ada member tlg lapkan peluh.. thanks sheqwa

 ketibaan pengantin lelaki..
ayah aku berbaju batik dok disebelah pengantin lelaki

 apabila acara Akad Nikah sudah dimertrai..
kini pengantin lelaki&perempuan serta wali( ayah aku) 
menandatangani surat nikah

 mas khawin (berbentuk bunga) dan cincin kawin

mama sempat "posing" lagi
sebelah mama yg pakai baju biru tu ialah mak mentua aku

DI RUMAH

Setibanya kami dirumah.. family belah mertua aku dijemput untuk makan dirumahku (kenduri kesyukuran akad nikah)..yang tak nak makan boleh ambil gambar dengan pengantin (aku dan suami)...lama juga la aku dan suami bergambar dengan sanak saudara di atas pelamin..kemudian baru kami keluar pergi shoot gambar dan video kawin dekat outdoor... Kami pilih untuk bergambar di masjid Al Bukhari.. sungguh indah masjid tu taw.. setibanya kami di masjid tersebut.. sudah ada sepasang pengantin sedang tangkap gambar kawin mereka juga.. rupanya bukan aku je yang nikah pada tarikh 28.6.2013... hehe.. setelah tamat bergambar dan bervideo di Masjid Al Bukhari... aku,suami dan rakan-rakanku yg datang dari jauh.. iaitu enab, tengku dan atien pun pulang ke rumahku..
suamiku menyarungkan cincin nikah kepadaku

 senyum....


 senyum je walaupun letih...



 bersama ahli keluargaku

 bergambar bersama emak saudaraku dan sepupu

 bergambar bersama anak saudara suamiku
p/s: ingat tak blog yg lepas aku ada menghadiri majlis
perkahwinan mereka berdua? nak baca?

 bergambar bersama sepupu ayah

 bergambar bersama keluarga suamiku

bergambar bersama rakan-rakanku
yang datang dari jauh.. 
dari kiri Tengku, suamiku,aku,Enab dan yg depan Atien
 

29.6.2013


Pagi-pagi lagi dah bangun masak untuk si suami dan kawan-kawan serta family aku...Kami rancang nak pergi ke rumah mertua aku.. lepastu nak pergi ke Padang Besar, Perlis untuk bawa kawan2 aku yg dtg dari jauh ni pergi membeli belah dan menjamu selera di sana...

RUMAH MERTUA

Setibanya di rumah mertua aku.. aku lihat abg ipar yg sulung serta family dan kakak ipar aku tengah nak makan.. kami dtg kerumah tu umpama 'langkah kanan'.. mak mentua serta family mertuaku memperlawa kami untuk turut bersama makan..kawan-kawan aku cakap.. aku beruntung dapat mak mentua yang baik serta family mertua yg baik...hehehe.. syukur Alhamdulillah...

PADANG BESAR, PERLIS

Setelah selesai makan dirumah mentua (lepas makan mesti la kemas-kemas dan basuh pinggan kan?)
kami bertolak pergi ke Padang Besar.. mama dan adik bongsu aku tak ikot serta.. mereka tinggal sekejap di rumah mertuaku untuk sembang-sembang.. hehehe... perjalanan ke Padang Bsear dari Alor Star agak jauh... aku sampai tertido dan bila bangun.. kepala sakit sebab dah terkehel semasa tito... suami aku dok di kerusi depan.. atien bawa keta.. enab dok tengah dan tengku dok belakang atien.. aku dok belakang suamiku..perjalanan ambil masa dalam sejam lebih kot... bila kami sampai dah pukul 5 suku.. tempat membeli belah tu tutup pukul 6 petang.. so.. kami decided untuk bahagi kepada 2 group.. iaitu.. aku dgn hubby..manakala enab, tengku dan atien dok satu group..hubby beli dkt aku bear2 ..katanya hadiah perkahwinan.. THANKS HUBBY!...lepas membeli belah.. kami pulang dan pergi ke medan selera dekat Kuala Perlis...aku tak tahu apa nama medan selera tu...tapi.. sedap.. kami order.. ikan siakap 3 rasa, sotong tepung, kerang bakar, sotong bakar, kailan dan telur dadar...lepas makan tu kami otw pulang ke rumahku dekat Alor Setar.. Dalam perjalanan tu.. tiba-tiba hubby ajak kami pergi tngok wayang mid night dekat Alor Star Mall.. hehehe.. memang enjoy sakan la...
 gambar kenangan bersama rakan-rakanku di
Kuala Perlis, Perlis

ALOR STAR MALL

Dekat Alor Star Mall, kami tengok cita "WHITE HOUSE DOWN"..sangat best cerita tu okey? ia cerita tentang President US ni ada orang dalam mahu jatuhkan dia dan membunuhnya kemudian muncul seorang lelaki yang merupakan bekas askar dan meminta nak jadi ajen khas utk president tapi x dpt sebab kurang dlm akedemik..tapi disebabkan dia selamatkan president maka dia dpt jadi ajen khas...cerita ni lawak tau...dan banyak aksi.. memang 5 stars!..tapi tengah dok tengok..aku pulak jadi kesejukkan.. badan rasa sejuk semacam..then batuk tak henti2 mcm org tersedak air... hm.. hubby aku dah risau dah.. dia peluk aku time tuh.. (so sweet).. aku agak malu takut nanti org ingat kami tak kawin lagi sbb masih muda...batuk aku still berterusan.. then kawan aku Tengku bagi aku selendang dia suluh tutup badan.. hubby aku amek selendang tu tutup badan aku dan peluk aku.. time tu aku rasa dia caring sgt dkt aku...rasa sweet sgt.. alangkah bestnya kalu tiap2 hari mcm ni...hehehe..aku rasa tak silap pilih dia sebagai suamiku.. hehehe...love him so much!.. lepas habis cerita dekat panggung wayang tu..kami pun pulang kerumahku...

TERIMA KASIH

Sehingga hari ni aku rasa amat bersyukur kepada Allah kerana majlis Akad nikah berjalan lancar juga terima kasih kepada sanak saudara serta rakan taulan yang banyak membantu semasa majlis Akad Nikahku dan terima Kasih kepada Allah S.W.T kerana telah temukan aku kepada seorang insan yang amat mencintaiku..walaupun dia ego..

(biasa la lelaki kan)...walaupun dia bukan hero k-pop yg aku minat ..hehehe tapi dia mencintaiku lebih dari segala-galanya... sehingga hari ini.. aku masih tak percaya  "Sebenarnya Dia Adalah Suamiku"



doakan kebahagiaan kami berkekalan ye 
kawan-kawan?? Aminnn~


TERIMA KASIH KERANA SANGGUP 
MEMBACA BLOG YG PANJANG NI..

P/S: Gambar-gambar kawin ini adalah daripada kamera aku..gambar dari kamera photografer belum dapat lagi















1 comment:

  1. Awak.nk tanye. Awak xbuat sanding ke belah rumah perempuan ek?.sy tye sbb sy plan xde sanding. Ingt nk akad nikah pagi tu je :)

    ReplyDelete

Let me know what do you think about this topic ?