Tuesday, December 25, 2012

My Convocation story-PART 2

Assalammualikum dan hai semua


Allhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya telah mendapatkan segulung diploma daripada Universiti Teknologi Mara, Kampus Perak. Perlu saya akui, sepanjang pembelajaran saya disana, banyak sangat rintangan dan halangan yang saya telah .lalui. Tapi syukur alhamdulillah. Allah telah memperkenankan doa ibu bapa saya untuk saya berjaya menamatkan pelajaran disana dengan cemerlang. Tidak dilupakan jasa tunang saya yang turut bersama-sama berlajar disana dengan saya dan menjaga saya dan sentiasa memberi  semangat kepada saya untuk saya meneruskan pelajaran seterusnya berjaya menamatkan pelajaran disana. Selain itu, jasa rakan-rakan yang saya sayangi iaitu, nab, tengku, leha, jue, madiha, kak ros, dan banyak lagi kawan-kawan saya yang sentiasa membantu saya dalam keadaan susah ataupun senang. Alhamdulillah. syukur saya kerana mempunyai kawan-kawan sedemikian. Sepanjang tempoh 3 tahun belajar disana, saya pernah dikhianati oleh rakan-rakan yang saya percaya, lebih teruk lagi ada yang cuba ingin merampas tunang saya!!!  Kawan yang saya percaya ok?? dia ingin merampas tunang saya, nasib baik tunang saya memberitahu saya tentang tindak tanduknya. Ada juga kawan yang saya percaya iaitu salah seorang daripada room-mate saya dahulu, telah menjadi batu api melaga-lagakan kami bertiga dengan menyebarkan fitnah dan ingin melaga-laga kan kami bertiga supaya bergaduh sesama sendiri. selama ini tidak ku sangka, kau mempunyai hati yang begitu BUSUK, dengan menceritakan semua tentang aku, aku tersilap mempercayaimu kawan!.. Macam-macam kan? Biasa lah ... Itu hanya cubaan dan dugaan semasa saya belajar disana, banyak lagi yang ingin saya kongsikan disini, tetapi.. cukuplah setakat ini sahaja untuk saya kongsikan, biarlah yang lain menjadi teladan buat saya untuk lebih berhati-hati dengan insan yang bernama kawan. Walaupun begitu, ingin saya kongsikan disini, yang saya sekarang tengah melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara, Kampus Bandaraya Melaka. Jauh dari family dan tunang saya.. saya terpaksa berdikari sendiri menghadapi cabaran disana..Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan untuk menamatkan pelajaran disana dengan cemerlang..Aminnnnnn~



Gambar aku semasa berada didalam Dewan Konvokesyen

Alhamdulillah.. saya secara rasmi sudah dapat Diploma

Bersama kawan-kawan baik yang tersayang

Bersama kawan baik saya dan jugak room-mate saya  di peringkat ijazah sekarang

Kami lagi

bersama kak ros, house mate saya masa semester 5

suasana di luar dewan konvokesyen, masing-masing sibuk mempersiapkan diri



roy+leha

mira+roy+leha+sal
bersama best friends, leha,aku,tengku and enab

saat yang paling mengembirakan bersama keluarga 


Hari yang istimewa ini lebih bermakna apabila ditemani tunangku

No comments:

Post a Comment

Let me know what do you think about this topic ?