Wednesday, February 2, 2011
APABILA RUMAHKU TERBAKAR!!!!
pagi ini, aku telah dikejutkan oleh adik aku.. ALONG! ALONG!.. panggilan adikku yang no 2, tersebut telah membuatkan aku terjaga dari tidur.. lalu bingkas bangun dan berlari mendapatkan adikku.. apabila aku sudah berada di depannya, adikku menangis sambil panik/ trauma.. sambil berkata RUMAH KITA TERBAKAR!!!..hah? rumah kita terbakar? Aku melihat di celah langsir tingkap,(area kawasan dapur kering-ruang sink basuh tangan, tempat pingang mangkuk).. aku lihat kawasan 'dapur basah'(ruang untuk basuh pinggan mangkuk, memasak), api dari tempat memasak marak, hingga hendak mencapai syiling rumah.. aku dengan spontannya, menggambil air dari sink dapur kering tadi dan diletakkan di dalam jar air, lalu aku simbahkan kepada api yang marak itu. Perbuatan itu diulang beberapa kali.. sehingga api terpadam. Alhamdulillah.. api sudah terpadam.. adikku hana, masih menangis kerana terkejut dengan apa yang terjadi.. aku juga terkejut. Aku sangka, rumahku sudah terbakar teruk.. Apapun.. yang penting, nyawa perlu diselamatkan dahulu.. aku pun trauma dengan kejadia yang berlaku.. Semasa aku di tempat kerja, tiba-tiba aku nampak kereta bomba sebanyak 10 buah, telah bergerak dengan pantas ke tempat kebakaran., Bilangan kereta bomba yang datang banyak buah di dalam sesuatu masa, membuatkan orang ramai yang berada disitu terpaku melihat kereta bomba. sangkaan mereka, mesti berlakunya kebakaran yang dasyat, mana mungkin kalau kebakaran biasa akan membuatkan kenderaan bomba begitu banyak sekali bergerak di dalam sesuatu masa?? Rupa-rupanya terdapat satu kebakaran berhampiran dengan tempat kerjaku. dalam 300km jauhnya dengan tempat kerjaku.. aku lagi la macam trauma, kerana rumahku baru sahaja mengalami kebakaran, walaupun sempat memadamkan api yang semakin membara, tetapi. aku gerun kerana, aku sendiri telah menyaksikan bagaimana api apabila sudah marak.. Alhamdulillah.. rumahku, hanya mengalami kebakaran kecil, aku sekeluarga memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Let me know what do you think about this topic ?